Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada pengunjung blog ini, anda boleh menghubungi saya sekiranya berminat untuk mendapatkan produk yang terdapat di sini dan juga untuk sebarang pertanyaan..
HARGA YANG DIPAPARKAN ADALAH HARGA PASARAN, HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN HARGA TERBAIK A.K.A TERMURAH UNTUK ANDA!!
Anda boleh menghubungi saya di 0138910078, atau search page saya dengan kata kunci szshoppe serta klik fb profil di bar sebelah kanan anda..scroll sahaja ke bawah yee..

tqtqtq ^_^

Lamak sik nampak ^_^

Assalamualaikum... seperti tajuk di atas, lamak sik nampak, seperti biasalah, kamek miak sarawak@sarawakian?sik, kamek sabahan bha... kihkih.

First of all, Terimak kaseh kerna maseh sudi mok nangga blog tok walaupun lamak sik d update. Saya suka sangad2 nak belajar bahasa sarawak... dan jadi kawan dengan miak sarawak, rindu pulak dengan nini dgn didi... hehe,kali ni nak kongsi apa lagi ya... kenikmatan di sebalik kesakitan.


Betapa beruntungnya orang yang berada dalam keadaan sakit. Eh?kenapa pula??? Betul la, tak tipu pun.... sebab sakit juga turut memiliki kelebihan. Apa kelebihan sakit ea? let's cekidoutt!!
Sakit dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."
Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."
Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah menemui Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengalami demam yang amat teruk. Beliau bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau juga mengalami demam seteruk ini?" Baginda menjawab: "Betul. Bahkan aku merasa demam dua kali ganda lebih berat daripada yang biasa kamu rasakan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sa'ad bin Abi Waqqas pernah ditanya seseorang: "Siapakah orang yang paling berat cubaannya?" Beliau menjawab: "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud): 'Orang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian diikuti orang yang berikutnya (iaitu orang dibawah kedudukan mereka) secara berturut. Seseorang hamba akan mendapat cubaan sesuai dengan kadar imannya. Sekiranya imannya kuat, maka cubaan yang menimpanya juga berat. Sekiranya imannya lemah maka cubaan yang menimpanya sesuai dengan kadar imannya. Cubaan akan terus menimpa seorang hamba, sehinggalah ia berjalan di bumi tanpa memiliki sekelumit dosa pun."
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu al-Saib. Baginda bertanya: "Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu al-Saib?" Wanita itu menjawab: "Demam, Allah tidak memberkati padanya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapauskan dosa anak-anak adam..."

Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan: "Sesungguhnya para ulama' dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau."
Mengapa perlu bersedih apabila ditimpa penyakit? Kemungkinan dengan penyakit itu kita memiliki kedudukan di sisi Allah Taala yang tidak dapat dicapai oleh perbuatan amal ibadat. Jadi, Allah terus memberi cubaan kepada kita dengan hikmah-Nya yang mungkin kita tidak menyukainya, lalu ia mengurniakan kepada kita kesabaran dalam menghadapinya sehingga kita mencapai kedudukan tersebut.
Antara Maha Lembutnya Allah s.w.t. dan rahmat-Nya, bahawa apabila Allah menutup satu pintu kebaikan bagi seseorang, nescaya ia akan membuka banyak lagi pintu kebaikan yang lain. Bagi orang yang sakit, Allah tidak menghalangnya daripada mendapat pahala daripada pelbagai ibadah yang biasa mereka lakukan, meskipun mereka tidak menyempurnakan lagi kerana mereka sakit.
Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Musa al-'Asy'ari r.a., beliau bercerita:"Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Kalau seseorang hamba sakit atau sedang bermusafir, pasti Allah akan menulis baginya pahala seperti ketika ia mengamalkan ibadah semasa masih sihat dan sedang bermukim."
Kemuliaan apa lagi yang mahu diperoleh setelah diberikan Allah kemuliaan ini? Keutamaan apa pula yang lebih luas selain daripada keutamaan dari Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan? Ketika sakit, seorang hamba berehat, namun Allah masih menulis pahala daripada ibadah dan perbuatan baik yang diamalkan semasa sihat.

Jangan risau ye, selepas kesukaran itu ada kemudahan. Setiap kesulitan pasti ada jalan keluar yang Allah sediakan. Kepada orang yang diberi ujian kesakitan, kita tidak boleh berburuk sangka kepada Allah. Terima Kasih Allah!
 

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

No comments:

Post a Comment

Waa..da abes baca???
Tinggalkan komen tau..