Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada pengunjung blog ini, anda boleh menghubungi saya sekiranya berminat untuk mendapatkan produk yang terdapat di sini dan juga untuk sebarang pertanyaan..
HARGA YANG DIPAPARKAN ADALAH HARGA PASARAN, HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN HARGA TERBAIK A.K.A TERMURAH UNTUK ANDA!!
Anda boleh menghubungi saya di 0138910078, atau search page saya dengan kata kunci szshoppe serta klik fb profil di bar sebelah kanan anda..scroll sahaja ke bawah yee..

tqtqtq ^_^

Yippie..xlma lgi cuti..

Assalammualaikum..lma sda x updte blog nie..
bosan bha..mo on9 pun rsa mcm tpksa..huhu..
fb lgi..buka skjp2 ja... ntah apa la yg mnriknya..
mggu lpas abis da exam..yg tu pun bru jgak abis exam..
huhu..xlma lgi cuti..xsbrnya..mo byr balik smua kslpn ku slma ni
yg MALAS belajar..huk2..kompom kptsn exam nnt teruk..haha..
apa2 pun..tgk la nnt mcm mna..
♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Jika...

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.
♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Wahai Kakak...

'Wahai kakakku'
'Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?'
'Asyik berteman tangis dan sendu sahaja'

'Wahai adikku'
'Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya'
'Tetapi disitulah adikku, kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki'
'Menjadi izzah yang paling gah'
'Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki'
'Kerana sendu rayunya, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun'

'Duhai adikku'
'Lembut wanita itu bukan kerana lemah'
'Tetapi senjata'

'Namun, wahai kakakku'
'Wanita itu fitnah dunia'



'Pernahkah adikku dengar?'
'Pesanan Ilahi pada hamba-Nya?'
"Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu..."

'Cuba adik nilai'
'Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?'
'Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal'
'Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya'
'Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitah pada dirinya'
'Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita'
'Agar memelihara auratnya, kerana disitulah kehormatannya'
'Bukan fitnah semata-mata jika Ar-Rijal dan An-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu'
"Sesungguhnya wanita yang beriman solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh"

'Tapi kakakku'
'Kenapa wanita itu menjadi peragaan?'
'Tidakkah mereka merasa malu?'

'Wahai adikku sayang'
'Al-Haya'(sifat malu)'
'Ada dalam diri setiap insan'
'Wujudnya seiring nafas insani'
'Dan Al-Haya' itulah pakaian iman'
'Pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri'
'NAMUN'
'Bila mana Al-Haya' itu lebur, imannya runtuh'
'Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?'
'Kerana mereka sebenarnya paranoid'
'Merasakan diri belum cukup menarik'
'Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi'

'Namun adikku'
'Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu'

'Wahai adikku'
'1001 keindahan penciptaan wanita'
'Pandai-pandailah dikau menilai'
'Antara permata dan debu-debu kilauan pasir'

'Wahai adikku'
'Janganlah adik gusar'
'Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu'
'Dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu, menggugurkan dirimu, menyembah tanah'
'Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabat...'
♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Perempuan Itu Tidak GUNA

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.



1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan itu memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan itu memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan itu memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk atau jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan itu tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firman-Nya ayat 12. surah al-Hujurat.


6. Perempuan itu memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan itu memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. "Penyakit dalam hati" adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.


8. Perempuan itu memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya atau mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan itu tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.
♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Masih Adakah Lagi??

Kuberfikir...
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Keberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir...
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir...
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir...
Pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang ku fikir...
♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Yg Indah itu...

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya
cukup kuat untuk menopang dunia. Namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk
suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia
perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana
itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Padamu..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku...
Inginku beritahu padamu...
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia...
Orang tua yang begitu sempurna...
Dengan cinta yang begitu membuncah...
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga...
Maka, padamu ku katakan...
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku...
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah...

Padamu yang Allah pilihkan untukku...
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan...
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna...
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu...
Kerana kelak kita akan satu...
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'...



Padamu yang Allah pilihkan untukku...
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya...
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmu-Nya...
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita...
Itulah visi pernikahan kita...
Ibadah pada-Nya ta'ala...

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku...
Ingatlah... Aku adalah mahluk-Nya dari tulang rusuk yang paling bengkok...
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah...
Maka, ketahuilah... Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan...
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah...
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah...
Namun tatap mataku, tersenyumlah...
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu...
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah...
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu...
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku...
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan...
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akanku penuhi semua perintahmu...
Maka kalau kau berkenan ku meminta...
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya...

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita...
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga...
Yang di pundaknya akan di isi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad...
Yang darahnya mengalir darah syuhada...
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka...
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka...
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu...

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhailah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi...
Mudahkanlah jalanku ke Syurga-Nya...
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku...
♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Isi Hati Untuknya...

Isi Hati Sang Ikhwah...

Wahai zaujahku,

Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerana itu , aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan , bual mesra dengan wanita lain ku elakkan,
Kerana semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku hanya Ayat-ayat Cinta Allah iaitu Al-Quran,
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti,

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerana jalan yang akn kita lalui sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku,
Dan kau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku,
Aku belum pernah memandang fizikalmu,

Kerna nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijabkabulkan.
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahiddin.

Kerana itu,
kita harus bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.


Dari Sang Akhwat...

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerana kau tidak mengenal siapa diriku.

Aku tahu kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sinidengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat di hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpanku untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerana aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti,
Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.



"Ya Allah kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang di perlukan . Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu."
♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Suatu Kisah...

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya

Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini Facebook
Satu keajaiban!!!

Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan

Pemilihan terbatal
Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang

Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali

Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan

Tapi sayang sekali
Si Pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
Seribu lelaki yang tidak soleh


♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Zikir..

zikir nabi yunus..

La ila ha ila anta.. subhannaka inni kuntumm minnazolimin. x3

Allah yang Maha Mendengar,
ampuni jikalau kami sering membesar2kan diri kami..
ampuni jika kami terlalu sombong dan
meremehkan keagunganMu,
ampuni jika kami sering mendustakan kebenaran,
meremehkan agamaMu,
enggan menerima nasihat, segala ketakburan ,
meremehkan org2 yg berkedudukan disisiMu,
Ya Allah, ampuni kami jikalau kami mencela dan
menghina para ulama, segala ujub yang ada dihati,
Ya Allah , gantikan segala kesombongan dengan ketawadukan,
jangan biarkan kami menjadi makhluk yg sombong.
Ya Allah, jauhkan diri kami dari sikap sombong dan bermegah2..
jauhkan kami dari sifat riak,
menunjuk2 amal kebaikan, menunjuk2 kemewahan.
Ya Allah, berikan kami kenikmatan menjadi org yg tulus hati
dan ikhlas hatinya.
Ya Allah, cegah kami dari perbuatan maksiat,
zalim terhadap siapapun sekecil apapun.
Ya Allah, indahkan hidup kami dengan selalu merinduiMu,
membahagiakan dan menolong hamba2Mu.
Ya Allah, kami tidak mahu gagal hidup ini ,
kami ingin pulang kepadaMu,
kami tidak mahu menjadi ahli neraka,
Ya Allah, kami ingin jumpa dengan rasulMu,
bila pun hidup kami akan berakhir,
berikan kami kesempatan memperbaiki diri,
berbekal pulang dengan amal,
jangan biarkan kehidupan dunia menipu kami,
masukkanlah kami ke dalam golongan ahli syurgaMu.
Ya Allah, pendamkan hati ini dengan kerinduan padaMu,
jadikan hari2 kami menjadi hari2 yang penuh penantian,
pimpin agar kami persembahkan yg terbaik dalam hidup ini padaMu,

Ya Allah, selamatkan negeri ini,
selamatkan umat ini,
jangan biarkan kezaliman dan kejahilan bermaharajalela,
berikan kemenangan pada pencinta kebenaran..

rabbana atina fiddun ya hasana, wafil a'khirotihasanah wakina azabbannar..

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Reunion PLKN 2004-2010

Assalammualaikum..lma sda xupdte blog nie..kwn2 yg len smua ada crta baru..hehe
untuk detik ini..aq mo kngsi 3 pkra...

Pkra ptma...

09-10-2010...
Hari tu kmi ada reunion PLKN utk batch 2004-2010...aq ambik ksmptn g kem san shui..oleh sbb kem aq jauh kt slangor..so g tmpt yg dkt ja la..rndu dgn PHR....
ni la kem san shui tawau

aq g ngan bdk2 klas ku...Anas, Aien, Pija, Noni..n dua org best buddy aq msa kt kem pelangi Hill Resort... Lina n Siti...

lina, siti, noni n aq..kmi satu kem plkn...kmi mula rapat msa d airport tawau..

ok..brbalik pda crta reunion...kmi gerak dri rumah jam 7,30...smpai bndr jam 8...aq g ngan noni...5 minit pas kmi smpai anas pun smpai..pickup point kmi d Dewan Masyarakat...msa kmi smpai tu ada dua bas PLKN mnggu...da dkt jam 8.30..bas mo gerak sda..tpi kwn aq yg dua org tu blum jgak smpai2...ckgu sru kami naik bas, xlma lpas kmi naik bas tu c lina pun dtg...c siti xdpt dtg awl..so dia kena tinggal la..hehe...aq duduk dgn anas, noni ngan lina...trigt balik knngn trindh bbrpa bulan yg lalu..lbih kurang mcm ni la jgak..2 januari 2010 hri sabtu..naik bas plkn gerak g airpot..rndu btul...dlm pjlnn tu aq asyik tringt kt kem Pelangi Hill Resort...n kat memori2 indh aq share ngan kengkwn d sna..smbil2 c anas bcrta tntg mslh dia..smpai ja d kem san Shui...aq nmpk kem ni xla secantik kem aq kat slangor...chee..kem aq kunun..huhu..tpi bley nmpk bha memang...tpi nrml la..sbb kem aq kem bru..bru broprasi slma dua tahun..dn kumpuln kmi ada lah kumpulan prtma untuk kumpulan pertama siri tujuh..faham ka??hehe...buat2 faham la ya..mls mo xplain..
trus tu...smpai da kmi, c siti pun smpai jgak..ee...mkin sihat bha dia..hehe..rndu bha ngan dia..mnakan tidak...masa g kem aritu dia la kwn ku yg slalu tlg aq..huhu...xjgak rmai org msa kmi smpai d dewan mkn tu..ada gak aq nmpk bdk2 balung..c fadzil muntar, bdk klas c mizan..huhu...bnyk la jgak bdk balung ku nmpk..tpi tuk plkn batch kmi n kem kami..mmg kami 4 org jak la..ada gak bdk balung dri kem yg sma tpi batch lain..

sblum g duduk kmi d sru ambik no cabutan btuah..huhu...
tpi x btuah pun...
sorry la trbalik..mls mo rotate..huhu

pastu kan..ada la kwn kpd kwn2 aq ni join smeja ngan kami..kazen c anas...c freddy kalik nma nya, c len ngan sorang kwn dia..drg2 ni bdk mantin..satu kem ngan anas...
jam 10 acara mula...ucpn oleh komanden kem...sayu ja bila dgr ucpn tu..tringt kat komanden kem kmi yg ncem tu..kui3..komanden yg d sni brusia sda, kmndn PHR muda gilak lgi...bkn mo rndhkn kem yg ada d tmpt sndri, tpi kem ni lma sda kan..jdi paham2 la bha..huhu..abis ucpn tu, kmi mnum pgi...uish..knangn lgi nie...menu stiap ari d kem..roti ngan nescafe susu...huhu...kmi x g ambik pown..c aien pnya kmi join..itu pun ndak abis...
abis jak minum pagi ada karaoke..
prsmbhn yg kedua tu dri bdk balung, bdk PHR tpi kumpulan 2 ataw 3...ok gak bdk balung mnynyi...huhu..ada la bbrpa org bekas bdk balung g nyanyi...acra tu dselang selikn dgn cabutan brtuah...jam 12.30 mkn tghri..ish..nsib ndak pakai tray..kui2..basuh pinggan sndri..aq n anas xmkn...xda slera..slmt dri basuh pinggan..

abis ja tu, ada sesi begambar..



hehe...sweet la mmg...wlupun kmi2 jak bdk pHR...tpi xsma la lau g d PHR sndri...sbb tmpt ni bru bgi aq...klu g PHR..naa..smua la dstu..huhu...dorm mawar, bilik mandi yg bnyk sejarah..surau tmpt yg pling aq skak...knpa ya??rsa2nya knp..??adalah..huhu..dewan mkn..fuhh...lagi la..hahaha...tlmpaw bnyk knngn d stu...klas CB, Kenegaaraan, integrasi, ish...smua la..
hbis ja tu kami pun balik la..tpi kmi balik lewat skit..sbb kmi ikut bas pusingan ke 2..yg ptma tu pnuh...naik sda kami..tpi tpksa trun balik..huhu...
penatnya menunggu bas tu smpai...
kering jgak la kmi mnggu..da la hujan renyai2...
xlma pastu smpai jgak..tlmbt kmi naik..abis da tmpt duduk, tpksa la bdiri..
setiba ja d bndr, kmi pun bwa haluan msing2...aq ngan noni g mkn lu...pastu g printout
....



Perkara 2...

abis jak balik dri bndr aq mngalami stu kmlgn...msa tu kreta kmi pncit tyr, jdi tpksa ambik aq gna mtrsikal...otw balik tu, kain aq tmsuk dlm tyr, pa lgi tjtuh trus...yg aq ingt kpla aq trhntuk lbih dri skali, tpi alhamdulillah xda apa2...jauh jgak aq d kc tggl oleh kakak ku, lma bru dia sdar aq sda xda d blkng..nsib baik xd lnggar lori..lori tu 500 km ja d blkng ku..mmg seram la..

apa2 pun aq ttp brsyukur sbb Allah mc beri aq pluang tuk menghela nfs d bumi ini..alhamdulillah..aq jdi insaf...smga keinsafan ini brpnjgn..aminn..

Pkara ke 3...

~~11.10.2010~~

Hari ni hari jadi aq..huhu..
bnyk gak wish aq dpt dri kwn plkn, dr kwn klas...

org ptama yg wish kt aq..sda tntu la Shafiq, pastu Mizan, then ada sorang kwn fb..Shu pun ada wish aq..jue, mardhiah..thnx all..

aq da tua..huhu..tingktkn amal ibadah, dktkn diri dgn pncipta, smga hri lahir ini mmbwa sribu keinsafan btapa cepatnya msa brlalu dn jgn smpai ia meninggalkn kita dgn sia2..

Nite..~~~~




♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Kami dan keDEWASAan..

Assalammualaikum...

Berckp tntg khdupn...
stiap mnusia ada kisahnya sndri...

mungkin kdgkla kita xsdar sbnrnya kita mngalami proses kmtgn di setiap tingkt usia..
plbgi mslh dn tknan hdup yg dlalui..
sntiasa dksali...mngkin krna klmhn dn kekurangan diri...
tpi bila dsdri, itu la tndanya kita smkin matang dn brani..


tidak dktkn lautan jika tiada bergelora...
tidak d ktakan pantai jika tiada ombk...
bgtu juga dgn kehidpn...
tidak dnmakan kehdpn jika tiada plbgi mslh...
krna mslh itulah yg mwrnai khdpn...

untuk post kali ni, urm...mo ckp tntg kedewasaan..huhu..dewasa ka kami??pa yg aq sdar dn lihat...bnyk prubhn yg brlku...bila mningkt dewasa, plbgi ujian dtmpuh..dapat dirasakan prbezaannya...skrg ni, aq dpt mrasai sesuatu yg blum pnah aq rsakan sblum nie...

PERUBAHAN 1

Dulu...dpt dlihat, kami ktawa dgn penuh keihklsn...ktawa kmi mmbwa erti kegembiraan...
Kini...nmpk sgt kmi ktawa dlm keadaan trpksa...dan ktawa itu hnya lakonan semata2 sdgkn dsblik ktawa itu kami terluka...

PERUBAHAN 2

Dulu..masa kami di isi dgn plbgai crita dn topik2 khdpn yg lbih brsft trbuka...
Kini...xkira masa, prkra "tu" ja yg mnjdi topik prbincgn stiap kli bjmpa, malah itu mnjdi topik utama even smasa brada d dlm kelas...

PERUBAHAN 3

Dulu...kami xpnah bazirkn airmata untuk pkra2 yg 'remeh' mcm ni...
Kini...entah, tiba2 dri rsa bodoh sgt sbb slalu kuarkn air mata untuk hal2 'remeh' yg xthu akn bksdhn sprti apa...

PERUBAHAN 4

Dulu...kmi seorg yg gila2...xkira apa pun yg brlku snyuman ttp trukir d bibir...
Kini...kami suka mngelamun, brkhayal..bhkn brmimpi...d mna2 sja, xkira tmpt dn masa...

PERUBAHAN 5

Dulu...kmi suka gunakan masa yg ada dgn pkra2 yg blh buat kmi hppy...
Kini..masa kmi trbuang bgtu saja dgn pkra2 yg entah spenting apa..


bnyk lgi sbnrnya prubhn yg brlku, tpi stkt ni itu ja yg mmpu aq coretkn...tntu smua tahu apa pkra yg aq mksdkn itu..pkra itu adlh CINTA...aq tahu, aq sndri hnyut dlm mainan cinta mnusia yg sketika, mlalaikn aq pda CINTA yg abadi...btapa lmahnya iman...mmg btul..'single' lbih sronok dn lbih 'free' brbnding ada 'couple'...satu msa dlu aq mmg jdikn 'couple' sbgi satu prmainan...tpi pda satu msa tu aq jdi sdar dn aq jdi 'anti-couple'..sygnya, hnya utk sktika...aq hrp sgt pgngn aq tu brkkln hingga wktunya tiba...tpi krna lmahnya iman aq xdpt menepis godaan syaitan itu...aq ingin kmbli kpd fitrah seorg hamba...msihka ada keampunan buat ku??






♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Sy SUke MakanNN..

Mkn2...
SUka sgt mkn..hehe..mknan kgmrn aq ialah KUEY TEOW...
nyum2...mmg sdap la..tpi kbiasaannya klu aq mkn kuey teow aq akn mkn ngan nasi...
xtaw npa, tpi mmg mcm tu..sdap..
cuma tu la..aq ada tbca kat web JAKIM, yg kbnykn mi kuey teow yg dkluarkn oleh pmbkl brbngsa cina ada yg xhalal....khuatir jgak....tkut2 tmkn mknan yg syubhah..

ni antra pic yg smpat aq kutip dri blog2 yg betebaran d alam mya nie..huhu...nmpk sgt sedap...



masa d kem PLKN PHR...mknan yg pling aq suka ialah kuey teow goreng ngan sup kuey teow...

yg nie sup kuey teow

yg ni Penang Char kuey teow

sedap jew smua nie..

slain kuey teow..aq suka mkn udang..xkira la...
nasi goreng udang, atw apa2 pu..
n kt tawau nie, klu aq nk mkn nasi goreng udang salad...aq g kt Restoran Singgah Selalu...
sedapppp sgt mknan kt stu...
aq lgi suka klu udang tu ltak mayonis..nyum2...

slain tu juga..aq suka mkn salad..
tpi jrg buat kot..
huhu...

fruit salad ni sgt menyelerakan..nyumm..

yg ni salad udang ngan sos mayonis..


aq juga ska mkn SUSHI...besanya aq mkn sushi time aq g KK..besa mkn kat Sushi King..nyum2..

tpi timbul satu keraguan...
HALAL kew sushi nie...
aq pun search la kt google...
n jwpnnya..

Alhamdullilah pembuatan sushi di Malaysia berlainan dari sushi di nun sana (Jepun).Yang menjadi perbezaan antara pembuatannya hanyalah seperti yang anda semua maklumkan iaitu dengan menggunakan sake atau lebih dikenali sebagai arak untuk mengelakkan sushi daripada basi @ luput

Tapi perkara ini kurang dilakukan dan kebanyakannya hanya dilakukan di Jepun sahaja.Negara2 lain termasuklah Malaysia menggunakan jalan alternatif lain dengan menggunakan cuka @ vinegar.

Jakim tidak meluluskan premis2 seperti Sushi King @ lain2 lagi kerana premis ini menjual arak di mana setiap pembelian dari premis ini akan membawa kepada syubhah.

ha..ni la..lpas ni mo bljr buat sushi..huhu...


♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Manis Itu Sweet...


Bru2 nie aq ngan kengkwn g brya d rmh ckgu..bks gru klas aq msa form 5 dlu...sronok yg tramat sgt...hehe..
Aq gerak dri rmh pkul 9 lbih...pastu aq g pndk bt14 tmpt ayen..kmi rncng mo gerak sma2...smpai d sna, ada sda anas dgn ayen..bbrpa minit kmudian, jue dgn nia pun smpai...
sula ngan dayang sda smpai d BSI, mimit plak otw da..
pkul 10 lbih gtu kmi gerak g BSI...smpai jak d sna, ada sda kwn2 yg len mnggu...mimit, sula, dayang, mizan, Sahriswan, mahadir ngan Nazri...
ptma kali bjmpa slps bbrpa bulan xnmpk...rndu la bha, dgn c mimit n dayang...pa lagi, betogeh la kami..eh..btul ka spelling nya tu..huhu..smpt lgi snap2 pic d dpn city fresh mart BSI...


dalam pic ni dri kiri: sula, ayen, anas, Mimit, dayang, aq, n jue..
yg tngkp pic nia..

xlma tu, cikgu Darmiati call aq, dia tnya kmi d mna..pastu ckgu sru aq beli cili kering d psr, pegi la aq round pasar BSI d blkng city fresh mart nie, tpi xda...last2 msuk d city fresh mart g beli d situ...
mcm2 karenah kwn aq...huhu..sweet btul detik nie...
stlh bbrpa ketika mnggu, kmi ambik kptsn tuk gerak dlu...bdk llki mc ada yg blum smpai...pns terik pun kmi snggup redah..srnk...xrsa pun pnat, pns..hppy jew..



shuke2...

nsib baik kmi mc ingt jln tuk g umah cikgu..thun lalu pun sblum SPM kmi ada g brya d rmh ckgu, cuma masa tu kami pnya pranan lbih bsr sbb kmi tlg ckgu sdiakn juadah...huhu..thn nie kmi tlg skit2 jew..
stlh pnt bjln...akhirnya kami smpai d rmh ckgu...


sblum msuk dlm, duk luar kejap ambik angin...pnt bha bjln d bwh terik mntri..huhu

lpas ilang pnat, kmi msuk dlm..pa lagi..mulakan keja..tuk aq, oleh sbb aq dtugskn beli cili kering, so aq la kena buat...asneyah tmnkn aq...siap ja tu, cikgu sru buat smbal..
pnglmn ni buat smbal...hehe..drg kata smbal kmi nie pds btul...huhu..satu gnggam bha cili d letak..mna ndak pds...tpi drg kata sedap jgak...huhu..berasenyew...

sronok...beshhh...xtaw pa gik pktaan yg ble d ungkpkn..huhu...menu kami??biasa2 jew..coz ckgu xsihat...tpi dsbbkn kmi, ckgu brusaha mnyediakan menu ini...

ok la bha nie kan..huhu..yg pnting perut d isi n raya nie brmkna..

mkn time!!!nyum2....
sempat g tke pic time mkn...^_^


WAJIB ambik gmbr ngan ckgu...yg bdk llki tu ank ckgu,.dia nie suka kwn ngan kakak2 pmpuan..mcm kmi..huhu


nie la muka kwn2 aq...knngn trindh la msa stdy d klas SC 3...smpai skrg kmi mc Ber'Satu'hati...erkk..yew kew..???

yg ni clear skit..


Lpas ja abis sesi bgmbr nie bdk llki pun balik...

bye2...!! see u soon...


pastu apa lagi..masa tuk kmi plak..snap2...i likeeee~~~


hehe..ni kgmrn kmi...bgmbr ja spnjng msa..tpi jgn igt kmi xbuat keja..siap kmas da dpur ngan ruang tmu ckgu..pinggan pun da bsuh...huhu..aq ngan c jue bsuh pinggan...cheewah...mcm ndak biasa...huhu


pkul 2 gitu kami gerak balik...p brya umah ayen..hehe..

tgh tggu bas nie..pns..huhu

smpai ja umah ayen pkul 2 lbih gtu, minum2..mkn kuih rya..then dia bwak kmi g pndk mak ngan ayh nya d kebun...
sblum smpai d pndk tu, kmi prlu melalui kebun koko..tpi kejap jew..bkn jauh pun..
stlh smpai d pndk tu, kmi d smbut mesra oleh mak ngan ayh c ayen...hehe..minum2..nntn tv skjp...snap pic??uishh..wajib tuu...


org yg d blkng c ayen tu c jue...dia mnyrk bab tkut tgk crta Congkak kt tv...huhu

da siap smua, kmi pun mintak diri...


d mna2 ada kmi...peace!!

Siap ja brya..pic trakhir kmi sblum smua bgrk pulang ke rumah msing...
huhu...


comey jew kwn2 aq nie..hehe...
daaa~~~

rndu kmu kwn2 ku...hrp thn strusnya kita dpt bmsra mcm nie lgi..

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Mok Blajar Kelaka Bahasa Sarawak??~~Sinun Sitok~~

Basics:
  • Kamek - Saya/Me
  • Kitak - Awak/You
  • Nya - Dia/He/She
  • Sidak - Mereka/Them
  • Sik - Tak/No
  • Aok - Ya/Yes
  • Ya - Itu/That
  • Tok - Ini/This
  • Mok - Nak/Want
  • Sik ada - Tak ada/Don't have
  • Nok ya - Yang itu/That one
  • Nok tok - Yang ini/This one
  • Nok ney - Yang mana/Which one
  • Siney - Mana/Where
  • Kenak - Kenapa/Why
  • Giney - Macamana/How
  • Sia - Sana/There
  • Sinun - Di sana/Over There
  • Sitok - Sini/Here
  • Polah - Buat/Do
  • Kinek tok - Sekarang/Now
  • Kelak - Kemudian/Later
  • Ngagak - Datang/Come
  • Mupok - Beredar/Leave
  • Juak- Juga/Also
  • Ari Marek- Yesterday
  • Aritok - Today
  • Kedak ya - Macam/Like that
  • Nang - Memang
  • Mun - Kalau/If
  • Bait - Baik/Good
  • Jaik - Jahat/Bad
  • Gago - Sibuk/Busy
  • Lan - Jom/Lets
  • Tek - Tadi/Just now
  • Pok/Bok - A term for friend, i.e mate
  • Deng - Sayang/Darling
  • Nemiak - Budak-budak/Kids
  • Rami - Ramai/Lots
  • Bulak - Bohong/Lie
  • Paloi - Bodoh/Stupid or Dumb
  • Ceridak - Messy
  • Sigek - Satu/One
  • Tetak - Ketawa/Laugh
  • Embak- Bawa/Bring
  • Nekik - Panjat/Climb
  • Singkol - Kaku/Uneasy or Awkward
  • Tunggah - Panggil/Call
  • Pisok - Pisau/Knife
  • Manok - Ayam/Chicken
  • Pusak - Kucing/Cat
  • Asuk - Anjing/Dog
  • Ngabas - menziarah/visiting
  • Gadong - Hijau/Green
  • Kalas - Merah jambu/Pink
    • Kenak = Kenapa
    • Kenak = Kena
    • Tangga = Tenguk/Lihat
    • Diat = Lihat/Tengok
    • Tunggah = Panggil
    • Padah = Beritahu
    • Engkah = Letak
    • Embak = Bawa
    • Mikik = Baiki
    • Kepak = Penat
    • Nekik = Daki
    • Tempek = Tampal,(sama maksud 'tepek' bgi longat kelantan)
    • Lonjong = Panjang
    • Asuk = Anjing
    • Pusak = Kucing
    • Manok = Ayam
    • ...indah = 'pengguat ayat' contohnya; pande sakit indah bila urang nyurohnya belaja. maksudnya, sakitlah pula apabila saya menyuruh dia belajar.
    • Geruk = Leher
    • Tengok(bukan sebutan tengok=lihat) = lihat dalam-dalam
    • plente = Bergurau
    • Pebulak = Penipu
    • Berolah = Nakal
    • Sinun = Sana / Situ (nun disinun = nun di sana)
    • Sitok = Sini (di sitok = di sini)
    • Tapak = Pinggan
    • Cangkir = Cawan
    • Kedak = macam (polah kedak tok juak = buat macam ni juga)
    • Polah = buat / lakukan
    • Dibah = Di bawah
    • Semangka = Tembikai
    • Gerek = Kekasih (Azura ya gerek Zaid = Azura tu kekasih Zaid)
    • Pusuk = Ikan Bilis
Tapi kadang-kadang, ada perkataan dalam Bahasa Malaysia yang sama dengan Bahasa Sarawak, tapi maksudnya lain. Such as:

  • Kacak - Lawa/Pretty
  • Lawa - Sombong/Snob
  • Nyaman- Sedap/Delicious
  • Belun - Kapal Terbang/Airplane
  • Kelakar - Cakap atau Bersembang/Speak or Talk
  • Padah - Bagitahu/Tell
  • Pulang- Pula
suka bhsa srwk..pglmn ptma dgr bhsa srwk ni msa d PLKN..dlm dorm aq ada dua org miak sarawak..nini dgn didi..ada gak bljr dri drg bhsa srwk..huhu..tpi xdpt nk prktikkn sgt..tpi mmg beshhh la klu dpt klaka srwk..satu gik, miak srwk ni kacak2...ayat ptma yg aq bljr...

"Kenak sik cayak ka??"

mksdnya...

Knp, xpcya ka??erk..lbey kurang la tu..huhu...
apa2 pun mmg besh bljr bhsa srwk nie..

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Raya2...hehe

Assalammualaikum...kali nie brckp psl psiapan rya..urm..thn ni agk bnyk pmbhruan yg brlku kt rmh aq...psiapan rya aq?simple ja..xmcm org len..huhu..walau apa pun, aq brsyukur sgt2..spnjng rmdhn nie...mcm2 pkra yg agak 'xbaik' brlku kt fmly aq..hurmm..ujian Allah...

" Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, tidak dibiarkan lena dalam dakapan kelazatan dunia yang melimpah...Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah kerana itulah tanda cintaNya yang sejati.."

tringin btul mnjdi kekasih Allah..tpi, dri ni trlalu hina dan kerdil d hdpnNya...
mga akhr ramadhan ini dmanfaatkan sebaikny n syawal d sambut seadanya.. :)

♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥

Sedih :(

Assalammualaikum...sedih...sbb?..xda la..tdi aq post nota kt fb..tjuk dia'Kenapa Pakai Tudung Labuh'...aq dpt komen dri sorang saudara ni...dia kata mcm nie...


"yg selalu pakai tudung labuh ni la yg selalu menutup zuriat zina mereka.. ramai yang menyangka mereka2 ini menutup aurat kerana alim,tetapi rupa2nya menutup zuriat hasil zina dengan menyalahgunakan tudung & baju labuh..supaya tak ketara,kan...nn????
kebanyakan pelaku zina dari kalangan pelajar, adalah pelajar sekolah agama & juga pelajar asrama yg diketahui mereka ini sangat menitikberatkan soal agama..mengapa boleh tersasar???"

bkn tu ja..aq jgak ada brkngsi pautan..vdeo tu bknaan dgn isu sosial zina n buang bayi yg brleluasa skrg nie, n kbnykn yg mlakuknnya adlh perempuan yg 'bertudung' dan juga 'bertudung LABUH'...then dia bgi komen nie plak...
"lihat sendiri..yang bertudung itu yang banyak melakukan zina..
subahanallah..yang membuang bayi itu bertudung labuh??
mengapa??"

oleh sbb aq agak terasa dgn pnyataannya yg mgatakan pmpuan tdung lbuh ni sbnrnya mnggunakan tdung lbuh sbb nk tutup anak zina yg drg kndung..sbb aq juga mnggunakan tdung lbuh...

sblum tu lgi..aq ada share pautan psl kapel..then, org yg sma tu jgak bgi komen..

"tidak guna jgk klu bertudung dan berbaju labuh tapi klu perangai yg tersembunyi di sebalik itu semua mengalahkan orang yg tidak memakainya sama sekali.."

"ya la,bertudung & berbaju labuh itu merupakan salah satu cara untuk menutup hasil zina mereka..
am i right mrs.syafyda??
mungkin juga untuk menutup perangai mereka ini yang sekadar ingin menunjukkan meraka ini alim,warak,pendiam,jujur,baik ha...ti?? dan berperangai baik2 belaka semata2?? sedangkan hakikatnya mereka inilah gunting dalam lipatan??musuh dalam selimut??api dalam sekam??kawan makan kawan??cakap tak serupa buat??
what do you think mrs.syafyda??"
ya Allah..rupanya mc ada insan yg mcm memandang serong pda insan yg mnggunakan tdung lbuh...aq sdr dan aku akui hakikat bhwa imej brtdung labuh tlh di'kotori'oleh mnusia2 yg brada dlm acuan agma..tpi tlg lh fhmi wahai insan2 yg brsngka bruk pda stiap prmpuan brtdung labuh...kami tahu bhwa niat kmi mnggunakn tdung labuh hnya satu..kerana Allah..

aq pun bgi msg kat saudara tu...

"Salam saudara...

bknaan dgn komen saudara tu, ya..tdk dnfikn..kes buang bayi..zina yg brlaku skrg ini...bnyk dlakukan oleh perempuan yg nmpk 'baik' dgn memakai tdung n bju2 lbuh...tpi, sy mnta..jgn beranggapan bhwa 'semua' prmpuan brtdung n brbju labuh itu mempunyai sifat yg sma..

sy bgi pndpt sy ea..sy mnta maaf..coz sy pun brtdung lbuh..jdi sy agak terasa dgn kata2 saudara tdi wlupun mungkin saudara xbrniat sdmkian...

bnyk kita lihat skrg..elk ja brtdung, tduh lbuh plak tu..bju pun labuh..tpi still kuar date..jln briringn ngn llki..buat mksiat, n buang byi...mreka ni kbnyknnya dri klngn yg d pndang 'baik' oleh msyarakat..tpi, bila golongan ini brbuat mksiat..msyrkt trus melabelkn bhw..'brtdung, tpi mc bwt dosa..baik xpyh brtdung..pmpuan yg freehair pun xda la buruk sgt brbnding mereka yg mntup aurat konon..pdhal hnya mntup keaiban sndri'...ya..sy akui prkra tu..

bg sy senang jek..
klu yg bertudung tu buat jahat...x kire la berzina ke hape pun..
dosa dia pd perbuatan tu plg jelas ...tp dosa @ pahala dia
bab menutup aurat tu kita x leh nak argue..
tu antara dia ngan tuhan..

tp bg yg x pakai tudung dan tambah lak berzina dan
buat la ape2 yg sumbang ni..sah2 secara terang-teranganbuat dosa besar tu ( zina n sewaktu dengan nya..) dan tambah skali
dosa dia x tutup aurat (bab ni mmg x de pengecualian..)
hati baik pun ..aurat tu masih satu tuntutan agama..

saudara pun tntu thu kan prntah Allah kpd kaum hawa brkenaan aurat...imej pmpuan brtdung lbuh sbnrnya untuk dijadikan contoh o role model kepada muslimah yang lain y msih belum dapat hidayah lagi...muslimah yg sjti ni, dia xprlu nk kuarkn kata2 tuk bgi org insaf, ckup skdr dgn dia mlksnakn tugas dn tnggungjwbnya..cth, solat, jga btsn prgaulan..etc..scra automatik org yg mlhtnya ataw org yg brada d sklilingnya aq insaf dan smakin ingt Allah...

pda pndgn sy, prmpuan yg mnggunakan tdung labuh nie, dia da thu sbb apa dia guna tdung labuh...mksdnya, dia guna tdung labuh bkn sbb dia nie pljr sklh agma, bkn sbb pakwe dia suka bila lht dia pki tdung lbuh n bkn sbb mak ayh dia nie ustaz/ah...bila seorg pmpuan tu tahu KENAPA dia mnggunakan tdung labuh, smua kmbali kpd yg 1..Allah...kan Allah mnyruh prmpuan mlabuhkn tdung hngga trtutup dada mereka...dn muslimah yg bnr2 ikhls mlakukn tntutn agma ni scra automatik akn mnggunkn tdung yg btul2 ikut syariat...dan lbih baik jika dilabuhkn tdung itu..

sy sndri suka mnggunkn tdung labuh..krna sy rsa slmt...rsa slmt dripda dlht aurat sy..rsa slmt dri gngguan lelaki2 yg jht hatinya...saudara, prmpuan brtdung labuh juga mmpunyai perasaan untk dcntai dn mncntai...itu fitrah mnusia...tpi, bgi kes yg sprti d ats, mereka2 ini tdk thu bgimna hndk mnyalurkn keinginan dn tdk faham tntg tuntun agma...hrap tdung ja labuh..tpi still bwt mksiat, mngkin tu brlku krna si prmpuan brtdung 'labuh' tdi sudah lupa siapa drinya dn tdk faham dgn imej yg dbwanya...
'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'...
saudara, tdk smua prmpuan yg mnjga aurat itu brslndung d sblik kmksiatan...mereka2 yg mgtri imej brtdung n brbju labuh itu sbnrnya tdk memahami agma...sy harap, saudara buang lah tnggapan itu...kerana apbila saudara brkta sdmkian, seolah2 saudara memperlekehkn dn mrndhkn sndri imej umat islam yg bgtu mementingkn aurat dn mnjga adb sopan...

aasif ya akhi.. "
aq hrap saudara tu buang tnggpn dia brknaan hal ni..ya Allah, Kau tetapknlh hati2 kami...jdiknlh kami hmba Mu yg sntiasa mnjga adab dan btsn prgaulan...jdiknlah kami hamba Mu yang sntiasa mnutup aurat..sesungguhnya mereka2 yg tlh mngtri imej brtdung labuh ini adlh satu ujian bgi dri kami...smoga kmi sntiasa istiqamah mlakukn kebaikan..amiinn...
♥Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Fyda♥